Akaun mamulivestockbusiness.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
BORANG TEMPAHAN DAGING LEMBU TEMPATAN SEMPENA AIDIL FITRI

TEMPAHAN

DAGING SEGAR LEMBU TEMPATAN SEMPENA MUSIM PERAYAAN AIDILFITRI 2022 / 1443 HIJRAH

Syawal tahun ini pasti lebih meriah kan? Almaklumlah selepas 2 tahun tak dapat raya bersama keluarga di kampung halaman masing-masing. Tambah meriah dan istimewa jika terhidangnya juadah syawal seperti rendang daging segar lembu tempatan di pagi syawal yang mulia.

Daging segar lembu tempatan keluaran Mamu Livestock adalah 100% daging lembu tempatan yang diternak secara feedlot di ladang ternakan milik RISDA dimana sumber diet lembu adalah berasaskan permakanan organik serta dedak yang berasaskan dari sumber bijiran yang berkualiti bagi memastikan lembu dapat menghasilkan daging yang baik, sihat dan berkualiti tinggi setaraf dengan produk daging lembu import dari luar negara.

Kenapa Perlu Membeli dengan Mamu Livestock?

  • 100% Produk & Ternakan Keluaran Tempatan
  • 100% Milik Bumiputera Muslim
  • Kaedah Pembungkusan Secara Vaccum Pack Bagi Mengekalkan Kesegaran Daging
  • Daging disimpan didalam keadaan 'Chilled' dengan kaedah Wet Aging dan bukannya dibekukan bagi menjaga kualiti daging
  • Tempat memproses daging yang mengikut standard piawaian JAKIM dari segi halal dan juga kebersihan

Dengan ini Mamu Livestock & Risda Livestock ingin membuka tempahan pembelian daging segar lembu tempatan sempena Syawal yang akan menjelang tiba tidak lama lagi. Butiran berkenaan dengan tempahan adalah seperti di bawah :

Tarikh Mula Tempahan   :  08 April 2022
Tarikh Tutup Tempahan :  25 April 2022

Tarikh Mula Penghantaran  : 26 April 2022, (Selasa)
Masa Penghantaran : 8.00am - Selesai
(Kami akan menghubungi pelanggan 1 hari sebelum membuat penghantaran bagi tujuan melancarkan proses penghantaran ke rumah anda)

Lokasi Penghantaran : Sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan & Melaka
(Caj Penghantaran adalah berdasarkan pada Kadar Rata/Flat Rate)


Terma & Syarat.

1. Sebarang tempahan & pembayaran boleh dilakukan secara online di : https://ezy.la/dagingaidilfitri

2. Jika ada sebarang pertanyaan dan bantuan berkenaan dengan tempahan boleh hubungi kami di talian khidmat pelanggan : Whatsapp / Tel +6019-660 8069

3. Harga tempahan & pembayaran adalah berdasarkan kilogram (kg), sekiranya berat tempahan lebih dari nilai tempahan, Kami akan menghubungi pelanggan dan memaklumkannya, dan sekiranya pelanggan bersetuju maka lebihan bayaran perlu diserahkan secara tunai, begitu juga sebaliknya jika nilai berat kurang dari pihak kami, lebihan bayaran kami akan serahkan secara tunai kepada pelanggan.

4. Setelah membuat tempahan & pembayaran, invoice tempahan pihak pelanggan akan terima secara email. Sila lengkapkan butiran didalam borang yang disediakan dan semak sebelum membuat pembayaran untuk memudahkan pihak kami menguruskan jadual penghantaran dan lokasi penghantaran.

5. Tempahan yang telah dibuat tidak boleh dibatalkan selepas 1hari/24jam pesanan di terima oleh pihak kami.

6. Harga jualan tidak termasuk dengan caj penghantaran, Caj Penghantaran dikenakan berdasarkan Kadar Rata/Flat Rate.